Testimoni 11 ke 20

[ Laman utama | Testimoni 1 – 10 | Testimoni 11 – 20 ]

11

Masalah kulit gatal-gatal dan ruam

Saya mengalami masalah kulit gatal-gatal dan ruam-ruam pada bahagian tangan dan badan saya..setelah di perkenalkan MINYAK KELAPA DARA ASLI oleh seorang kawan saya, saya telah mencuba dengan minum 2 sudu sehari setiap pagi dan malam dan menyapu pada kulit yang bermasalah..

Setelah seminggu mengamalkannya,kulit saya sudah hilang sepenuhnya masalah ruam-ruam dan gatal-gatal malah bertambah lebih baik dan kesan parut pada tangan saya pun semakin hilang.Selain itu kesihatan saya bertamabah baik kerana khasiat MINYAK KELAPA DARA BIO-ASLI dapat meningkatkan sistem ketahanan badan .

12

Gatal-gatal dan menggelupas 

Assalamualaikum…

Saya telah mengamalkan produk bio asli dalam kehidupan keluarga saya sejak ia mula diperkenalkan lagi. Saya begitu mempercayai kehebatan produk ini sehingga saya menjadi salah seorang stokis yang aktif di bio – asli.com . Banyak pengalaman positif yang saya perolehi dari penggunaan produk bio asli ini, antaranya kulit anak saya yang sememangnya sensitive dan allergi dengan bahan-bahan kimia. Anak saya baru berusia 7 tahun. Kulitnya begitu sensitive sehinggakan apabila terkena dengan hanya warna air(water colour), kulitnya akan berubah menjadi gatal-gatal dan merah. Kulit anak saya juga sering menggelupas dan kering.

Kemudian saya cuba menggunakan produk bio asli, dan menyapu minyak ini di bahagian muka  dan bahagian badan yang bermasalah setiap hari selepas mandi.

Selepas beberapa minggu saya menyapu minyak kelapa dara dengan habbatus sauda di badan anak saya, kelihatan kulitnya yang kering dan sensitive menjadi cantik dan sentiasa lembap. Kini anak saya tiada lagi masalah gatal-gatal dan menggelupas…

Wassalam…

13

Psoriasis

Minyak kelapa dara di akui oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia sebagai anti bakteria,protozoa,kulat dan sebagainya yang sering menjadi punca penyakit kulit seperti psiorisis dan eczema.

Banyak bukti telah di jumpai dan Bioasli juga telah menerima banyak feedback dari pelanggan yang menghidapi penyakit kulit seperti cik di sebelah ini dan setelah menggunakan produk minyak kelapa dara menjadi semakin sembuh dan baik.

Penghidap psiorisis ini telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dalam hanya beberapa bulan dengan kerap dan konsisten. Dan hasilnya kini beliau tidak lagi risau dengan kulitnya.

14

Kes : Sakit Kulit -Serangan kulat yang kronik

Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami.

Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan.Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang  tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya.

Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana.

Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama.Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering.

Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dan sakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya  semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian.

15

Jeragat & kesan campak 

Makcik Sawiah pada mulanya ingin membeli produk kecantikan wajah (untuk menghilangkan jeragat) di salah satu butik kecantikan  terkenal. Sementara menunggu giliran beliau bersembang dengan sorang wanita, wanita itu bersembang mengenai parut kesan demam campaknya pulih dengan menggunkan minyak kelapa dara keluaran bio-asli, wanita itu mebuktikan kata-kata beliau dengan menunjukkan kesan parut yang semakin pudar, mendengar hal iaitu mak cik sawiah mencari kesempatan untuk ke syarikat desaku bagi mendapatkan produk tersebut, setelah menggunakan produk tersebut ternyata kata-kata wanita itu benar belaka, masalah jeragat semakin berkurang dan semakin hilang dengan penggunaan minyak kelapa dara Bio-Asli.

16

Kes : Sakit Psiorosis ( genetik )- Kulit menjadi bertompok seperti kurap  & gatal 

Pengguna merupakan salah seorang pendidik di daerah sabak bernam, beliau telah sekian lama (dari kecil)  mengidap sejenis sakit kulit dari genetik yang bermasalah ( lebih 20 tahaun).  Beliau telah menemui ramai doktor pakar kulit untuk mungubati penyakit beliau.

Sewaktu menerima rawatan di   Hospital Besar KL bahagian sakit kulit, pakar mengesahkan beliau mengalami sakit genetik, penyakit berpunca genetik memang diketahui umum agak sukar untuk di sembuhkan. Selepas itu beliau membuat rawatan susulan di hospital kerajaan GH KL, beliau telah dihantar untuk rawatan alternative, di sana beliau telah bertemu dengan Dr.Kadir B. Hussin, Dr.kadir menjelaskan symptom yang berlaku pada penghidap penyakit psicrosis ialah kulit berkerak, menebal, kering dan mengelupas,

 Ketika mendapat rawatan dari Dr.kadir beliau telah memberikan 1 botol minyak dan menyarankan agar ianya diminum 2 kali sehari dan disapu pada bahagian yang bermasalah. Pada peringkat awal penggunaan kulit yang berkerak bertukar  menjadi merah, lama-kelamaan ianya menjadi semakin kecil dan akhirnya dengan penggunaan yang rutin, kurap beliau semakin pulih. Setelah perubahan yang menakjubkan ini beliau bertanyakan apakah minyak ajaib yang telah di berikan tersebut, rupa-rupanya minyak tersebut hanyalah minyak kelapa dara.